Horizontal Dropdown Menu HTML by Css3Menu.com

 
 
 
 

 
01.03.2014 ......SMJK Yuk Choy telah berjaya menganjurkan program Hari Keluarga di Lost World of Tambun dan program tersebut ditaja oleh Lembaga Pengurus SMJK Yuk Choy. Program Hari Keluarga ini bertujuan untuk memupuk semangat setia kawan di antara guru-guru dan staf sokongan sekolah.
 

 
Program Hari Keluarga ini bermula dengan ketibaan para peserta di hadapan bangunan Lost World of Tambun pada jam 10 pagi. Para peserta dibahagikan kepada lima kumpulan sebelum memulakan aktiviti permainan. Sebanyak empat jenis permainan kumpulan telah disediakan oleh pihak penganjur di bawah pimpinan Guru Kanan Kemanusiaan, Encik Chong Swee Fah. Permainan-permainan tersebut ialah lari berpasangan dengan tiga kaki, meniup belon sampai pecah, menggantungkan kacang tanah di kepala dan melambung belon berair. Keputusannya Kumpulan A menjadi johan keseluruhan, Kumpulan C mendapat tempat kedua dan Kumpulan B mendapat tempat ketiga. Hadiah yang menarik telah diberikan kepada para pemenang.
 

 
Selepas menjalankan aktiviti permainan, semua peserta menerima makanan tengah hari iaitu nasi goreng dengan ayam berperisa oren, jelly dan air mineral. Para peserta menjamu selera di dalam khemah yang telah disediakan. Selepas makan tengah hari, peserta-peserta dibenarkan untuk melakukan aktiviti bebas.
 
 
 
Hakcipta © 2014 - 2016 SMJK Yuk Choy, Ipoh.