Horizontal Dropdown Menu HTML by Css3Menu.com

 
 
 
 

 
25.10.2013 ......Majlis Tamat Persekolahan & Penyampaian Sijil Tingkatan 5 Tahun 2013, Kali ke-64, telah diadakan di Auditorium Keluarga Tan Sri Lee pada 25.10.2013 (Jumaat), 9.30 pg - 12.00 tgh.

Majlis ini bertujuan untuk memberi perhargaan dan kenangan kepada para pelajar yang bakal meninggalkan sekolah dan akan menghadapi SPM pada 6/11. Oleh itu, terima kasih kepada pihak sekolah dan guru-guru yang telah mengerah tenaga untuk melangsungkan majlis ini.

Majlis bermula pada pukul 10.15 pagi. Para hadirin diminta menyanyikan lagu Negaraku dan lagu sekolah. Nyanyian pada pagi itu boleh di katakan antara nyanyian terbaik dan paling bersemangat sepanjang tahun 2013. Seterusnya ucapan dari Pengetua, Encik Chan Hen Huan, YDP PIBG, Encik Chong Min Hin dan Pengerusi Lembaga Pengurus, Encik Kwan Foh Kwai. Semua pelajar sudah memberi kerjasama yang baik dengan tampil senyap sepanjang kelangsungan ucapan.
 

 
Teks ucapan penuh daripada Pengetua yang kita amat hormati:

"Selamat pagi, salam sejahtera saya ucapkan. Pada pagi yang mulia ini, kita amat bertuah kerana dapat sama-sama berkumpul di auditorium ini untuk menyaksikan majlis tamat persekolahan pelajar Tingkatan 5 tahun 2013.

Sesungguhnya, majlis ini amat bermakna khususnya untuk pelajar-pelajar Tingkatan 5, yang telah masing-masing menamatkan persekolahan selama 5 atau 6 tahun di bangku sekolah ini. Dalam tempoh beberapa tahun ini, para pelajar telah belajar dan hidup bersama-sama mendepani suka duka dan cabaran sebagai seorang pelajar. Sudah pasti segala-galanya akan menjadi kenangan manis buat pelajar sekalian setelah melangkah meninggalkan sekolah ini.

Pada era k-ekonomi ini, iaitu ekonomi dunia yang berasaskan ilmu pengetahuan, kita harus sentiasa melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu yang relevan dengan keperluan semasa, dan menguasai kemahiran teknologi maklumat dan kemahiran komunikasi, supaya meningkatkan daya saing kita dalam dunia kerjaya. Justeru, saya berharap pelajar sekalian dapat meneruskan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Tambahan pula, peluang pendidikan di negara kita pada hari ini boleh dikatakan luas terbuka, kelayakan untuk memasuki institusi pendidikan tinggi menjadi semakin longgar, dengan yuran pengajian yang mampu ditanggung kerana pelbagai pinjaman pendidikan telah disediakan.

Lebih kurang 2 minggu dari sekarang, pelajar sekalian akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Para pelajar harus ingat bahawa peperiksaan kali ini amat penting kerana keputusan SPM akan menentukan hala tuju kamu sekalian dan seterusnya masa depan yang lebih gemilang. Pada kesempatan ini, saya ingin menyatakan harapan saya bahawa para pelajar harus membuat persediaan yang mencukupi sebelum melangkah ke dewan peperiksaan. Belajarlah bersungguh-sungguh, tekun membuat ulang kaji dengan masa yang sedia ada, agar pelajar-pelajar dapat memperoleh keputusan SPM yang cemerlang, demi masa depan diri, ibu bapa, dan sekolah kesayangan kamu. Saya mendoakan kejayaan kamu dalam peperiksaan kali ini.

Akhir kata, saya ingin mengambil peluang ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para jemputan, serta tuan-tuan dan puan-puan kerana sudi meluangkan masa bersama kita dalam majlis kita, dan seluruh AJK yang menjayakan majlis tamat persekolahan Tingkatan 5 pada pagi ini.

Sekian, terima kasih."
 

 
Acara seterusnya adalah persembahan tarian trandisonal dan penyampaian Sijil Penghargaan/ Kepujian Pengurusan Kelas, AJK Bidang Koko, Bidang Akademik, dan Kehadiran Penuh 100%, penyampaian Sijil Tamat Persekolahan, Sijil/ Piala Tokoh Pelajar. Seterusnya, majlis disambungkan dengan persembahan tarian moden yang cukup menarik, ucapan wakil pelajar, cenderahati daripada pelajar Tingkatan 5, cenderahati kepada guru Tingkatan 5, upacara "Terima Kasih Cikgu" dan upacara "Membunyikan Loceng Perpisahan".
 

 
Tamatnya upacara "Membunyikan Loceng Perpisahan" menjadi tanda kepada persuraian majlis. Acara terakhir adalah nyanian dari para hadirin sekalian. Pulangnya murid dengan satu kenangan indah yang tidak dapat di lupakan. Akhirnya, semoga berjaya dalam kerjaya masing-masing kepada semua pelajar Tingkatan 5 yang dikasihi!
 
 
 
Hakcipta © 2014 - 2016 SMJK Yuk Choy, Ipoh.