Horizontal Dropdown Menu HTML by Css3Menu.com

 
 
 
 

 
30.11.2013 ......Tempat pertama yang menjadi destinasi kami adalah ke bahagian pameran sains yang dinamakan ‘Laluan ke Alam Sains’. Kami melihat berbagai-bagai objek sains yang dipamerkan berkenaan manusia, makanan, tumbuhan, percambahan biji benih, alam cakerawala, bumi, bintang, cahaya, bunyi dan sebagainya.

Lebih menarik lagi, di satu sudut ‘Bumi Dari Udara’ mempamerkan pandangan Bumi yang dilihat dari angkasa lepas dan ianya dibina seolah-olah Bumi sedang berputar. Pada bahagian pameran yang dinamakan ‘Bioteknologi dalam industri makanan’. Di sini ditunjukkan rajah berkenaan ‘penghibridan’, ‘kesihatan dan faedah nutrisi dan bahan tambahan’ dan ‘bantuan pemprosesan’.
 

 
Di sini terdapat juga sudut pameran yang mempamerkan rangka burung yang sebenar. Kami juga melihat gambarajah proses pembesaran tumbuhan biji benih yang bercambah dan kemudiannya menjadi pokok besar. Seterusnya, bagi menguji kelikatan bendalir (liquid) dimana ianya dinamakan ‘Tiub Kelikatan’. Bahagian pameran ini memang menarik perhatian. Ianya dinamakan ‘Sinaran Cahaya’. Di sini kami berpeluang bermain sambil membuat eksperimen pantulan cahaya.

Kami melalui bahagian pameran yang menceritakan tentang ‘Langit yang sentiasa resah’ (The restless sky), ‘Kebijaksanaan zaman kuno’ (Ancient Wisdom), ‘Gambar-gambar di langit’ (Pictures in the sky) berkenaan gambaran yang terbentuk oleh kumpulan bintang, ‘Peralatan ahli sains Islam’ (Instruments of Islamic scientist), ‘Jam cakerawala’ (The celestial time clock), ‘Mengukur alam semester’ (Measuring the universe), ‘Hujan Asid’ menceritakan tentang kejadian hujan yang turun bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas yang terdapat di atmosfera menghasilkan hujan asid. Gas-gas yang bercampur dengan air hujan berpunca dari pencemaran udara yang dihasilkan oleh asap kenderaan, kilang dan sebagainya.
 

 
‘Kids Dicovery Place’ adalah satu ruang pembelajaran sains bagi kanak-kanak. Kami melalui bahagian ruang tengah PSN, di sini terdapat KidzWorld dimana terdapat ruang bermain untuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke bawah dinamakan ‘Peneroka Comel’ (Little Explorers). Kami berpeluang mengunjungi ‘Pameran Dinasor’ yang julung kali diadakan. Pameran tersebut diadakan di tingkat dua bangunan PSN.

Kami bersurai sekitar pukul 2:30 petang. Kami percaya bahawa pengalaman lawatan ini amat bermakna bagi kami kerana dapat menimba pengalaman.
 
 
 
Hakcipta © 2014 - 2016 SMJK Yuk Choy, Ipoh.