Horizontal Dropdown Menu HTML by Css3Menu.com

 
***************************************************************************

雪森彭隆霹雳育才校友会,育才国中董事部交流会 | 1.11.2014

雪森彭隆霹雳育才校友会有史以来第一次拜访育才国民型中学董事部,校友会会长蔡伟正和其团队共12人于上午10时莅临育才国中董事会议室。

交流会上,育才国中董事长关和贵认为在维护华教的工作中,国民型中学绝对不能被忽略。根据统计,全国华校师资来源几乎都出自国民型中学。虽说国民型中学份属半津贴学校,但社会人士对国民型中学的支持与资助也是同等迫切被需要的。关和贵同时表示国中生应把握机会,在学好华语的同时,也该懂得掌握国语及英语,这样才能提升本身的竞争力,为将来能在国内外立足打好基础,来日学有成就,当个称职的校友,为母校的发展献一份力。校长曾宪源则说,育才国中已迈向转型的方向,这有赖于董事部及家协的鼎立支持。学校在纪律方面已大有改进,接下来需要做的是思想教育,灌输学生正确的学习态度及思想。

雪森彭隆理事冯时能希望我校能接受挑战,把成绩欠优的学生栽培成才,这虽然是一份艰巨的差事,但教育的宗旨也正正如此。雪森彭隆霹雳育才校友会于当天捐助8000令吉给育才国中董事部,交流会于下午1时30分圆满结束。

 

- diterbitkan pada 24.11.2014

***************************************************************************

Majlis Jamuan Makan Malam 4 Buah Sekolah | 20.6.2014

SMJK Yuk Choy menjadi tuan rumah bagi mengadakan majlis jamuan makan malam yang melibatkan 4 buah sekolah sempena sambutan Hari Guru pada tahun 2014. Majlis jamuan makan malam tersebut telah diadakan pada 20 Jun 2014, 7.30 malam di Hotel Syuen, Ipoh. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah ini telah menganjurkan majlis ini dengan kerjasama Lembaga Pengurus Sekolah dan alumni sekolah SMJK Yuk Choy. Majlis ini disertai oleh pengetua, pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah, Yang Di-Pertua PIBG, guru-guru dan staf-staf sokongan daripada keempat-empat sekolah termasuk wakil-wakil daripada alumni sekolah masing-masing. Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Kwan Foh Kwai, Pengerusi Lembaga Pengurus SMJK Yuk Choy. Majlis ini diserikan dengan kehadiran kira-kira 600 tetamu daripada keempat-empat buah sekolah tersebut.

Majlis jamuan makan malam ini merupakan suatu tradisi yang telah lama dilaksanakan dalam kalangan kempat-empat buah sekolah iaitu SMJK Yuk Choy, SMJK (Perempuan) Perak, SJK(C) Yuk Choy dan SJK(C) Perak. Majlis ini bermatlamat untuk memupuk semangat kerjasama dalam suasana muhibbah dalam kalangan pegawai dan kakitangan sekolah dan menjadi satu landasan penting untuk kakitangan saling bermesra dan lebih mengenali serta bertukar-tukar fikiran antara satu sama lain. Semua yang hadir telah terhibur dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang sepanjang majlis jamuan makan malam kali ini. Antaranya ialah pertandingan tunjuk bakat yang dipersembahkan oleh warga sekolah masing-masing. Selain itu, pertandingan pakaian tercantik bagi kategori lelaki dan wanita turut diadakan. Sesi cabutan bertuah turut mewarnai majlis ini dengan pelbagai hadiah yang menarik.

SMJK Yuk Choy, selaku tuan rumah majlis jamuan makan malam 2014 berasa bangga kerana menganjurkan aktiviti seumpama ini bersama-sama dengan semua warga sekolah tersebut. Terima kasih tidak terhingga kepada seluruh warga SMJK Yuk Choy dan warga sekolah lain yang terlibat yang memberikan kerjasama dan komitmen tidak berbelah bahagi demi menjayakan majlis ini. Majlis ini berakhir tepat pada pukul 10.30 malam. Sila KLIK DI SINI untuk membaca berita yang selanjutnya.

 

- diterbitkan pada 7.7.2014

***************************************************************************

Majlis Penyerahan Cek, Derma Untuk Chang Zhi Kang | 27.5.2014

Pada tahun 2013, doktor mengesahkan bahawa Chang Zhi Kang, pelajar 4S2 SMJK Yuk Choy, Ipoh menghidapi penyakit “Adolescent Idiopathic Scoliosis”, iaitu sejenis penyakit tulang belakang. Keadaan yang serius (kecondongan melebihi 40°) menyebabkan Zhi Kang terpaksa dibedah di Hospital Universiti, Kuala Lumpur secepat mungkin. Namun, kos pembedahan dijangka berjumlah RM30,000. Keluarga Zhi Kang tidak mampu membiayai kos pembedahan yang begitu tinggi.

Memandangkan Zhi Kang berasal dari keluarga yang tidak kaya. Bapa beliau (71 tahun) seorang pemandu traktor di tapak perlombongan manakala ibu beliau (56 tahun) seorang suri rumah tangga dan kakak beliau seorang pelajar kolej. Pihak sekolah dan PIBG turut mengambil langkah mengutip derma untuk Zhi Kang.

Setelah kira-kira 2 bulan, pihak sekolah dan PIBG berjaya mengutip RM11,000. Sumbangan ikhlas adalah daripada ibu bapa, guru, pelajar, PIBG, dan juga orang awam.

Pada 27 Mei 2014, satu majlis penyerahan cek yang ringkas telah dijalankan. Yang Dipertua PIBG SMJK Yuk Choy, Encik Chong Min Hin telah menyerahkan cek bernilai RM11,000 kepada bapa Zhi Kang, Encik Chang Ket Man. Majlis turut dihadiri Pengetua SMJK Yuk Choy, Encik Chan Hen Huan dan AJK PIBG SMJK Yuk Choy.

Gambar di bawah: YDP PIBG, Encik Chong Min Hin (empat dari kanan) menyerahkan cek kepada bapa Chang Zhi Kang, Encik Chang Ket Man (enam dari kiri) dan disahkan oleh Pengetua SMJK Yuk Choy, Encik Chan Hen Huan (lima dari kanan) dan AJK PIBG SMJK Yuk Choy. Chang Zhi Kang (empat dari kiri).

 

- diterbitkan pada 30.5.2014

***************************************************************************

Pemberian Tanda Hormat | 12.4.2014

Satu upacara pemberian tanda hormat kepada nenek moyang warga Cina terutamanya warga Dewan Perhimpunan Cina Perak yang menyumbangkan dewan untuk kegunaan pendidikan telah diadakan pada 12 April 2014 jam 9.30 pagi, depan tugu peringatan yang berada di padang SMJK Yuk Choy. Tujuan mengadakan upacara ini adalah untuk mengingati jasa-jasa baik warga Cina yang telah meninggal.

Turut hadir dalam upacara ini:

Ahli-ahli dari Lembaga Pengurus, PIBG, wakil dari Dewan Perhimpunan Cina Perak, barisan pentadbir sekolah, guru-guru, dan pelajar sekolah ini.

Seterusnya, Mesyuarat Lembaga Pengurus kali ke-2 Tahun 2014 telah diadakan di bilik Lembaga Pengurus sekolah pada jam 10.30 pagi.

 

- diterbitkan pada 30.4.2014

***************************************************************************

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2014 / 2015 | 8.3.2014

Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru 2014/2015 telah diadakan dengan lancarnya di Dewan Sekolah pada hari Sabtu yang lalu. Ramai ibu bapa dan guru telah hadir ke mesyuarat tersebut. Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah, Encik Kwan Foh Kwai, beberapa ahli jawatankuasa lembaga pengurus sekolah dan pemberita daripada akhbar tempatan turut hadir ke mesyuarat itu.

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG bermula pada jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang. Satu majlis penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang akademik telah diadakan selepas pemilihan ahli jawatankuasa PIBG tahun 2014/2015 berakhir. Pelajar tingkatan peralihan, tingkatan satu, tingkatan dua dan tingkatan empat yang mendapat kedudukan pertama, kedua dan ketiga dalam kelas telah diberi hadiah. Jamuan ringan telah disediakan untuk para hadirin sebelum bersurai. Sila KLIK DI SINI untuk membaca berita yang selanjutnya.

 

- diterbitkan pada 13.3.2014

***************************************************************************

Mesyuarat Lembaga Pengurus | 15.2.2014

Mesyuarat Lembaga Pengurus kali-1 tahun 2014 telah diadakan di bilik Lembaga Pengurus Sekolah pada 15 Februari 2014, 10.30 pagi. Beberapa perkara telah dibincangkan di dalam mesyuarat tersebut. Antaranya seperti berikut:

i) Paras tinggi bumbung pintu masuk depan sekolah perlu dinaikkan lagi.

ii) AGM PIBG akan diadakan pada 8 Mac 2014 jam 2.00 petang.

iii) Mengadakan lawatan ke sekolah-sekolah rendah untuk menjalinkan hubungan baik antara sekolah-sekolah rendah dengan SMJK Yuk Choy.

Mesyuarat tamat pada jam 1.45 petang.

 

- diterbitkan pada 4.3.2014

***************************************************************************

Alumni "reunion" 校友回校日 | 1.2.2014

Satu perjumpaan alumni telah diadakan di Auditorium SMJK Yuk Choy pada hari kedua Tahun Baru Cina. Ramai bekas pelajar SMJK Yuk Choy telah hadir ke sekolah pada hari tersebut.

Majlis ini dimulakan dengan nyanyian karaoke pada jam 12.00 tengahari, diikuti dengan tarian singa di depan perpustakaan. Pada jam 2.00 petang, satu jamuan ringan diadakan di depan Auditorium. “Lao Sheng” beramai-ramai telah diadakan. Perjumpaan alumni berakhir pada jam 5.00 petang.

 

- diterbitkan pada 11.2.2014

***************************************************************************

Alumni "reunion" pada 1.2.2014 (Sabtu)

Bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang, Lembaga Pengurus Sekolah dengan ikhlasnya menjemput semua alumni balik ke sekolah pada hari kedua Tahun Baru Cina untuk meraikan tahun kuda bersama-sama. Sesi karaoke akan bermula pada 12.00 tengahari manakala "hi-tea" akan bermula pada 2.00 petang. Pada setiap tahun, hari kedua Tahun Baru Cina juga merupakan "Hari Alumni" sekolah kami.

Tarikh: 1.2.2014 (Sabtu)

Masa: 12.00 tgh - 5.00 ptg

Bayaran: Percuma

 

- diterbitkan pada 11.12.2013

***************************************************************************

Tambahan Dan Menaiktaraf Pintu Masuk Sekolah

"Kita difahamkan Jalan Kuala Kangsar adalah salah satu jalan raya yang amat sibuk terutamanya pada waktu persekolahan. Maka, Lembaga Pengurus sekolah telah memutuskan untuk menaiktaraf pintu masuk sekolah bagi kemudahan pelajar. Projek ini dianggap praktikal dan selamat kepada para pelajar. Kami berharap projek ini dapat diselesaikan sebelum perayaan Tahun Baru Cina." --- Dari Lembaga Pengurus Sekolah.

 

- diterbitkan pada 7.12.2013

***************************************************************************
 
 

 

Pautan Khas

* Ceramah Motivasi
* 10 Parenting Skills
* "Join FB Group" Kami
* Hubungi Kami

 

Mesyuarat L.Pengurus 2014

* 22.11.2014 (Sabtu)
* 18.10.2014 (Sabtu)
* 19.7.2014 (Sabtu)
* 12.4.2014 (Sabtu)
* 15.2.2014 (Sabtu)


 

Mesyuarat PIBG 2014

* 08.3.2014 (Sabtu)


 
Hakcipta © 2014 - 2016 SMJK Yuk Choy, Ipoh.