Horizontal Dropdown Menu HTML by Css3Menu.com

 
  Jawatankuasa Unit Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah  
  Pengerusi Pengetua  
  Naib Pengerusi Semua Penolong Kanan  
  Setiausaha Puan Mok Lee Yin  
  Penolong Setiausaha Encik Saravanan A/L Subramaniam  
  Ahli Jawatankuasa Encil Lim Teong Yam, semua Guru Kanan, semua Setiausaha Jawatankuasa Kecil, semua Ketua Unit/ Bahagian.  
       
  Aktiviti-aktiviti Sepanjang Tahun 2013  
 

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah sebagai perkhidmatan yang mesra pelajar, rakan guru, ibubapa dan masyarakat. Menerusi perkhidmatan yang diberikan dapat membantu pelajar meningkatkan keupayaan berfikir dan bertindak secara positif dan berkesan. Murid merupakan aset penting yang perlu sentiasa dibantu dan dibimbing menerusi perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling agar mereka boleh membuat keputusan yang positif dan berkesan.

Sejak awal persekolahan tahun 2013, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMJK Yuk Choy telah membuka tirai dengan mengadakan program guru penyayang. Aktiviti ini adalah selaras dengan objektif utama perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling iaitu pembangunan dan perkembangan sahsiah diri pelajar. Melalui program guru penyayang, Unit Bimbingan dan Kauseling dengan kerjasama guru-guru SMJK Yuk Choy telah menyambut kehadiran pelajar pada hari pertama persekolahan bermula dengan mengalu-alukan kehadiran pelajar di pintu masuk ke sekolah.

 
 
  Untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada pelajar, Hari Pelantikan badan-badan khas telah diadakan, di mana badan perkhidmatan seperti Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan serta Pembimbing Rakan Sebaya telah dilantik pada 18.2.2013. Aktiviti penghargaan pelajar dijalankan dari semasa ke semasa. Pemberian hadiah dan sijil, sambutan hari jadi pelajar mengikut suku tahun diadakan semasa perhimpuan minggu. Aktiviti ini diadakan bagi menyahut saranan program guru penyayang.

Dengan kerjasama guru disiplin pelajar-pelajar demerit dan ponteng sekolah telah dirujuk kepada guru bimbingan dan kaunseling untuk menjalani sesi kaunseling individu atau pun sesi kaunseling kelompok. Tujuan sesi kauseling adalah untuk meningkatkan disiplin diri pelajar dari awal seperti perpatah Melayu melentur aur biarlah dan rebungnya. Di samping itu, lawatan guru bimbingan dan kaunseling ke rumah juga akan dilaksanakan setiap bulan mulai bulan Mac dan program ini akan diteruskan sehingga akhir tahun 2013. Diharap melalui program lawatan ke rumah ini boleh menjalinkan hubungan muhibah antara ibu bapa dan pelajar.

Pada 2.4.2013 satu pameran pendidikan peringkat sekolah akan diadakan di dewan besar SMJK Yuk Choy. Matlamat aktiviti ini adalah untuk memberi pendedahan dan bimbingan kepada pelajar mengenai peluang pendidikan dan hala tuju kerjaya. Ibu bapa dialu-alukan datang bersama dengan anak mereka untuk memahami pendidikan yang ditawarkan selepas tingkatan 5. Dengan bantuan maklumat PSICER yang ada pada profil pelajar, maka pelajar dapat mengenali pasti potensi diri, minat dan sikap serta hala tuju kerjaya masing-masing.
 
 
 

Sementara itu, pada awal cuti pertengahan tahun 2013, satu kem kepimpinan juga akan dilaksanakan oleh Unit bimbingan dan Kaunseling. Kem kepimpinan yang berlangsung selama 3 hari ini akan dapat mencungkil bakat-bakat kepimpinan dalam kalangan pelajar SMJK Yuk Choy. Di samping itu, melalui kem kepimpinan ini juga diharap semangat cinta akan sekolah dapat dipupuk. Dalam kem kepimpinan ini, cara pengurusan dan pengendalikan unit beruniform, persatuan, kelab dan permainan akan didedahkan.

Ceramah perkembangan remaja yang akan diadakan pada bulan April dan Minggu Anti Dadah yang akan diadakan pada bulan Julai merupakan satu aktiviti yang memberi pendidikan pencegahan serta membimbing pelajar agar berupaya mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan kegiatan-kegiatan yang memudarakan diri seperti kegiatan seks bebas, jenayah rogol, bahaya HIV, dadah, rokok termasuk bahan inhalan. Ibu bapa dialu-alukan untuk berjumpa dengan guru Bimbingan dan Kaunseling SMJK Yuk Choy untuk rnembincangkan masalah yang dihadapi oleh anak mereka dengan tujuan membimbing anak rnereka agar mereka mengetahui tanggungjawab diri dalam keluarga, dan tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Hal ini kerana seseorang pelajar seharusnya peka kepada persekitaranya dan kemahiran keibubapaan seharusnya diterapkan sejak dari alam persekolahan.

Ceramah motivasi juga akan dijalankankan sepanjang tahun 2013. Ceramah sedemikan sama ada diberi oleh guru Bimbingan dan Kaunseling SMIK Yuk Choy atau penceramah luar bertujuan untuk memperkembangan personaliti kendiri pelajar dari beberapa aspek seperti sikap penyayang, budi bahasa, konsep kendiri, kepimpinan, komunikasi, kekemasan diri, ketepatan masa dan lain-lain lagi. Pendek kata, aktiviti Unit Bimbingan dan Kaunseling yang diadakan sepanjang tahun 2013 untuk menyahut saranan Falsafah Pendidikan Kebangsaan."

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupuyaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

 
 
 
Hakcipta © 2014 - 2016 SMJK Yuk Choy, Ipoh.