Horizontal Dropdown Menu HTML by Css3Menu.com

 
 
 
 


Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Bertemu lagi dalam buletin SMJK Yuk Choy,
Ipoh. Terlebih dahulu ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan penerbitan buletin ini.

Bangunan 5 tingkat SMJK Yuk Choy yang telah siap dibina sudah digunakan oleh
pelajar-pelajar sekolah ini. Bangunan 5 tingkat yang kukuh dan tersergam indah ini
melambangkan era baru bagi SMIK Yuk Choy. Melangkah ke era baru pastinya memerlukan tranformasi untuk rnencapai kecemerlangan. Oleh itu sekolah ini mengambil langkah melaksanakan transformasi berdasarkan matlamat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara dengan mengambil kira aspekjasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Pihak sekolah amat memberi penekanan dalam bidang akademik tanpa mengabaikan bidang kokurikulum.

Tranformasi yang dijalankan oleh pihak sekolah dalam bidang kokurikulum ialah
pelaksanaan aktiviti kokurikulum setiap hari selasa bermula jam 1.30 hingga 3.30 petang. Aktiviti yang wajib diikuti oleh semua pelajar ini pada mulanya memben cabaran kepada pelajar-pelajar. Namun atas kerjasama semua pihak aktiviti ini berjalan lancar sehingga hari ini.

Pihak sekolah juga turut mengambil langkah untuk mendisiplinkan pelajar iaitu melalui pelaksanaan sistem dimerit. Sistem yang dilaksanakan ini sememangnya membawa banyak kebaikan untuk mengawal disiplin pelajar. Untuk jangka masa panjang, langkah yang diambil oleh pihak sekolah ini mampu membentuk sahsiah terpuji pelajar-pelajar sekolah ini.

Akhir kata, kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi merealisasikan tranformasi
yang dijalankan. Seribu penghargaan untuk semua pihak yang memberikan kerjasama khasnya pihak Lembaga Pengurus dan pihak PIBG. Marilah kita berganding bahu berusaha bersama-sama menuju kecemerlangan demi kebaikan anak-anak didik kita.

Untuk membaca buletin sekolah kami, sila klik di pautan-pautan bawah. Sekian, terima kasih.

 
 
 
Hakcipta © 2014 - 2016 SMJK Yuk Choy, Ipoh.