Horizontal Dropdown Menu HTML by Css3Menu.com

 


1) JANJI KEPADA KOMUNITI
Berusaha menuju ke arah kecemerlangan dalam semua aspek di samping menonjolkan ciri-ciri sekolah komuniti Cina yang menyediakan peluang pendidikan kepada generasi muda daripada pelbagai latar belakang.

Huraian:

i) SMJK Yuk Choy ditubuhkan atas keperluan menyediakan peluang pendidikan kepada komuniti Cina lebih daripada satu abad yang lalu. Penubuhan SMJK Yuk Choy pada tahun 1963 atas keperluan tuntutan peredaran zaman. Kami akan terus berusaha untuk memenuhi keperluan dan aspirasi, khususnya komuniti Cina setempat.

ii) Kami menjalankan tugas berpegang kepada falsafah pendidikan Kung Fu Tzi dalam menyediakan pendidikan umum kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang sosioekonomi para pelajar.

iii) Walau bagaimanapun, kami bercita-cita untuk mencapai tahap kecemerlangan yang merangkumi pelbagai bidang seperti bidang akademik dan bidang kokurikulum khususnya aspek yang berkaitan dengan pembentukan individu yang sedia berbakti dan semangat kerjasama yang tinggi kepada komuniti.

 
 
Depan | Belakang
 
 
 
Hakcipta © 2014 - 2016 SMJK Yuk Choy, Ipoh.