Horizontal Dropdown Menu HTML by Css3Menu.com

 


2) JANJI KEPADA PELAJAR
Kami memberikan peluang kepada pelajar untuk mencapai kecemerlangan yang seimbang dalam bidang akademik, aktiviti kokurikulum dan sahsiah serta pengamalan amalan murni.

Huraian:

i) Para pelajar merupakan tujuan utama penglibatan kita semua. Maka, setiap usaha seharusnya difokus kepada kebaikan pelajar untuk masa sekarang dan pada masa depannya.

ii) Kami bermatlamat untuk mencapai keseimbangan dalam perkembangan secara menyeluruh dalam kalangan pelajar yang tidak hanya terhad kepada pengajaran di dalam bilik darjah tetapi lebih kepada memberi peluang kepada mereka untuk mempraktikkan ilmu secara teori melalui amalan.

iii) Pengamalan nilai-nilai murni seperti bersopan santun, keadilan, ketulusan dan disiplin diri ditekankan selaras dengan janji perkhidmatan kita kepada komuniti.

 
 
 
 
 
Hakcipta © 2014 - 2016 SMJK Yuk Choy, Ipoh.