Horizontal Dropdown Menu HTML by Css3Menu.com

 
***************************************************************************

Majlis Anugerah Kecemerlangan | 21.4.2017

Pihak sekolah telah mengadakan majlis ini bagi meraikan kejayaan anak didik dalam bidang akademik dan kokurikulum. Pencapaian dalam peperiksaan SPM yang begitu membanggakan telah berjaya melahirkan banyak pelajar yang cemerlang. Antara anugerah yang disampaikan termasuklah anugerah kecemerlangan kurikulum SPM 2016, pelajar terbaik SPM 2016, anugerah kecemerlangan perkhidmatan, anugerah kecemerlangan matematik, anugerah khas tertinggi pengerusi lembaga pengurus sekolah, dan anugerah kecemerlangan kokurikulum 2017 serta penyampaian insentif mata pelajaran yang mencapai sasaran dan lonjakan saujana SPM 2016. Majlis turut diserikan dengan persembahan tarian singa, persembahan gendang cina, dan persembahan orkestra cina serta persembahan koir. Jamuan disediakan untuk semua yang hadir pada hari tersebut.

 

- diterbitkan pada 11.5.2017

***************************************************************************

Konsert Orkestra Cina | 15.4.2017

Pada tahun 2017, sekali lagi kelab Orkestra Cina SMJK Yuk Choy, Ipoh mengadakan konsert bagi mengumpulkan dana kelab untuk membeli instrumen orkestra cina yang diperlukan oleh 150 orang ahli serta untuk mengumpulkan dana aktiviti orkestra cina sepanjang tahun 2017. Jualan tiket telah dilaksanakan di sekolah dan sekitar Ipoh mendapat sambutan yang agak menggalakkan. Pada malam itu, konsert telah berjalan lancar dengan diserikan oleh kehadiran Dato’ Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah dan Datin Seri. Persembahan yang menarik dengan kemahiran bermain alat muzik telah menghiburkan para penonton pada malam itu.

 

- diterbitkan pada 11.5.2017

***************************************************************************

Kejohanan Balapan dan Padang kali ke-54 | 7.4.2017

Satu Sukan Satu Murid menjadi platform kepada pihak sekolah dalam merealisasikan acara sukan tahunan sekolah. Seawal 7.20 pagi seluruh warga Yuk Choy telah berkumpul di padang bagi menjayakan acara sukan ini yang dimulai dengan acara perasmian, diikuti acara lintas hormat dan bacaan ikrar seterusnya acara akhir bagi kategori 4x100m dan 4x200m, acara jemputan, acara guru dan tarik tali, diakhiri dengan penyampaian hadiah bagi keseluruhan termasuklah olahragawan, olahragawati, maskot terbaik, perbarisan rumah sukan, dan perbarisan unit beruniform. Rumah hijau telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan mengatasi rumah unggu, merah, biru dan kuning pada tahun ini.

 

- diterbitkan pada 11.5.2017

***************************************************************************

Mesyuarat Agung PIBG | 11.3.2017

Saban tahun Mesyuarat Agung PIBG diadakan sebagai salah satu aktiviti wajib sekolah. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Datuk Kwan Foh Kwai, Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah disamping barisan AJK PIBG, ibu bapa, guru-guru dan para pelajar. Antara agenda pada hari tersebut termasuklah laporan setiausaha dan bendahari, penyampaian hadiah kecemerlangan akademik, hadiah penghargaan kepada guru, cabutan bertuah dan pelbagai lagi agenda mesyuarat yang lain. Selain itu, semua yang hadir dijamu makan tengahari. Mesyuarat Agung PIBG 2017 SMJK Yuk Choy, Ipoh telah berjalan dengan jayanya.

 

- diterbitkan pada 12.4.2017

***************************************************************************

Kejohanan Merentas Desa | 25.2.2017

“Satu Murid Satu Sukan”, memetik kata-kata tersebut, pihak sekolah dengan penuh rasa semangat kesukanan menyahut seruan kerajaan dalam memastikan warga sekolah terus aktif dalam bidang sukan. Datuk Kwan Foh Kwai, Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah telah melepaskan para peserta Kejohanan Merentas Desa 2017. Atas dasar konsep sekolah penyayang, sarapan telah ditaja oleh Lembaga Koperasi Sekolah sebagai tanda sokongan kepada aktiviti ini dan minuman disediakan oleh pihak sekolah. Larian ini melibatkan kawasan sekolah, laluan Jalan Labrooy, Taman Merdeka, Kampung Manjoi dan laluan depan SMK Megat Khas, Ipoh. Acara ini dimeriahkan dengan penglibatan jemputan buat pertama kalinya turut serta dalam larian merentas desa termasuk lembaga pengurus sekolah, PIBG, barisan pentadbir, dan ibu bapa menamatkan larian lebih kurang 6km yang melibatkan 37 titik semakan. Sebanyak 6 kategori melibatkan 5 buah rumah sukan. Kedudukan pertandingan, johan rumah hijau, tempat kedua rumah unggu, tempat ketiga rumah merah, tempat keempat rumah biru, dan tempat kelima rumah kuning. Untuk menggalakkan penyertaan pelajar dengan sepunuh hati, antara hadiah dan ganjaran yang disediakan ialah para peserta yang mendapat kedudukan pertama sehingga ke50 akan menyumbang mata untuk rumah sukan, kedudukan pertama sehingga ke30 mendapat hadiah dan kedudukan pertama sehingga kelima mendapat hamper. Aktiviti telah berjalan dengan jayanya. Majulah Sukan Untuk Negara.

 

- diterbitkan pada 12.4.2017

***************************************************************************

Program Jom ke Sekolah | 6.2.2017

Pelancaran Program Jom Ke Sekolah telah diadakan di perhimpunan rasmi sekolah. Sempena program tersebut, barisan pentadbir iaitu Encik Chan Hen Huan, Pengetua SMJK Yuk Choy bersama-sama wakil PIBG, Cik Chew Ai Kim (Guru Kanan Kemanusiaan) dan guru bertugas mingguan menunggu kehadiran para pelajar di pintu pagar belakang sekolah. Manakala pintu hadapan pagar sekolah ialah wakil PIBG, Encik Tan Soon Hing (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid), Puan Teng Yoon Ying (Guru Kanan Sains & Matematik) dan Encik Wong Wai Chee (Guru Kanan Bahasa). Antara pengisian aturcara pagi tersebut ialah para pelajar melafaz ikrar Jom Ke Sekolah, bacaan perutusan ketua polis negara oleh DSP Hasmeera bin Hassan (Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ipoh), bacaan perutusan Menteri Pendidikan Malaysia oleh tuan pengetua, simbolik perasmian program dan pelancaran peti aduan murid. Semoga dengan adanya program sebegini mampu membuka mata dan minda kita semua dalam menyahut seruan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam meningkatkan lagi kualiti pendidikan di Malaysia.

 

- diterbitkan pada 17.2.2017

***************************************************************************

Sambutan Tahun Baru Cina | 25.1.2017

Pada tahun ayam api ini mengikut calendar lunar kaum Cina, pihak sekolah seperti kebiasaannya mengadakan sambutan Tahun Baru Cina secara meriah. Pihak lembaga dan PIBG dengan murah hati memberikan sekotak buah limau mandarin kepada setiap warga Yuk Choy dan angpau turut diberikan bagi memberikan kegembiraan kepada semua. Antara pengisian program pada hari tersebut ialah seawal 7.30 pagi dimulakan dengan pemberian angpau dan pembukaan sampul ‘Chun Lian’. Pertandingan ‘Hui Chun’ serentak satu sekolah telah diadakan di sekitar perkarangan sekolah disebabkan faktor cuaca. Manakala persembahan pentas pula berlangsung di dewan sekolah termasuk persembahan tarian singa, wushu, gendang cina, orkestra cina, nyanyian lagu, dan penyampaian hadiah bagi setiap pertandingan seperti pertandingan ‘Hui Chun’, keceriaan kelas sempena Tahun Baru Cina dan papan notis kokurikulum tercantik. Majlis berjalan dengan lancar. Keceriaan dan kegembiraan dapat dirasai oleh seisi warga sekolah.

 

- diterbitkan pada 17.2.2017

***************************************************************************

Program 3S | 16.1.2017

Pelancaran Program 3S di semua sekolah negeri Perak telah dijalankan dengan jayanya. Pihak sekolah telah mengundang Sarjan Yusuf dan rakan sejawatannya bagi merasmikan majlis pelancaran program ini. Beliau turut menyampaikan sumbangan 12 pasang uniform kepada pasukan kadet polis SMJK Yuk Choy. Antara pengisian aktiviti pada hari tersebut termasuklah tuan pengetua bersama barisan pentadbir serta PIBG sekolah dan guru bertugas berada di pintu pagar depan dan pintu pagar belakang sekolah untuk memberi salam, sapa dan senyum kepada pelajar yang datang ke sekolah seawal 7.00 pagi. Selain itu, aktiviti yang lain ialah ucapan, lafaz ikrar dan simboli perasmian. Semoga Program 3S ini akan menjadi amalan yang rutin kepada setiap warga Yuk Choy.

 

- diterbitkan pada 7.2.2017

***************************************************************************

Hari Anugerah Kecemerlangan | 29.4.2016

Hari yang penuh bermakna ini disambut oleh warga Yuk Choy bersama ahli PIBG dan Lembaga Pengelola Sekolah serta ibu bapa pelajar bagi meraikan anak-anak didik yang berjaya dan seterusnya mengharumkan nama sekolah dalam bidang kokurikulum dan bidang kurikulum (akademik). Pelajar cemerlang PT3 dan SPM 2015, pelajar yang memenangi pertandingan seperti pasukan St John Ambulans Malaysia, kadet polis, kadet remaja sekolah dan taekwando, penerima anugerah kehormat lembaga pengelola serta para jurulatih yang telah banyak menyumbang atas pencapaian pelajar dan sekolah telah diundang ke majlis bagi tujuan tersebut. Pelbagai persembahan turut disajikan seperti tarian singa, persembahan gendang cina, persembahan wushu, persembahan tarian tradisional, persembahan teakwando, persembahan orchestra cina dan persembahan multimedia.

Semoga majlis ini akan dapat memberikan inspirasi dan terus menjadi motivasi kepada warga Yuk Choy untuk terus berusaha menjadikan Yuk Choy antara sekolah yang berjaya seiring dengan misi sekolah melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.

 

- diterbitkan pada 17.5.2016

***************************************************************************

Kejohanan Balapan dan Padang kali ke-53 | 25.3.2016

Kejohanan Balapan dan Padang merupakan acara tahunan yang diadakan bagi melahirkan pelajar yang aktif dalam aktiviti sukan. Seawal jam 7.30 pagi sehingga 10.30 pagi acara sukan dijalankan di padang sekolah dan bersambung di dewan sekolah untuk acara penyampaian hadiah disebabkan faktor cuaca yang tidak sesuai. Selain acara sukan, pertandingan kawad kaki pasukan beruniform, maskot, perbarisan rumah sukan, dan hadiah turut disediakan untuk olahragawan dan olahragawati. Hadiah merupakan hamper atau pingat dan sijil serta piala pusingan.

Acara pada hari itu bertambah meriah dengan kehadiran pasukan jemputan dari sekolah lain SMK Seri Keledang dan SMJK Ave Maria Convent. Acara ini dijayakan dengan kerjasama semua warga Yuk Choy demi tujuan yang sama untuk melahirkan warga sekolah yang cergas fizikal dan cerdas mental.

 

- diterbitkan pada 17.5.2016

***************************************************************************
 
 
 
 
 
 
 
 

Cuti-cuti Sekolah 2017

* 17.03 | 25.03
* 26.05 | 10.06
* 25.08 | 02.09
* 24.11 | 01.01.2018

 

Cuti-cuti Awam 2017

* Tahun Baru | 1.1
* Tahun Baru Cina | 28-29.1
* Hari Thaipusam | 9.2
* Hari Pekerja | 1.5
* Wesak | 10.5
* Keputeraan YDP Agong | 3.6
* Nuzul Quran | 12.6
* Hari Raya Puasa | 25-26.6*
* Hari Kebangsaan | 31.8
* Hari Raya Haji | 1.9*
* Hari Malaysia | 16.9
* Awal Muharram | 21.9
* Deepavali | 18.10*
* Keputeraan Sultan Perak | 3.11
* Keputeraan Nabi Muhammad | 1.12
* Krismas | 25.12

Nota: Untuk Negeri Perak Sahaja.

Hakcipta © 2014 - 2017 SMJK Yuk Choy, Ipoh.