Horizontal Dropdown Menu HTML by Css3Menu.com

 
***************************************************************************

Lawatan oleh Pelajar dari Jepun ( LEO Club) | 4.1.2016

Program ini hasil penglibatan aktif LEO Club Mandarin, Ipoh dengan pihak sekolah dalam mengantarabangsakan jaringan sosial pihak sekolah dengan komuniti luar. Tiga orang pelajar dari Jepun ke SMJK Yuk Choy, Ipoh dibawa melawat sekitar kawasan sekolah, bersarapan bersama ahli kelab Leo SMJK Yuk Choy, Ipoh dan berinteraksi bersama-sama pelajar di dalam kelas. Semoga pelajar-pelajar dapat memanfaatkan program ini sebaik mungkin.

 

- diterbitkan pada 1.2.2016

***************************************************************************

Hari Orientasi Pelajar Peralihan, Tingkatan 1 & 4 | 30 & 31.12.2015

Program orientasi ini melibatkan pelajar yang baru menimba ilmu di sekolah ini yang bertujuan untuk memperkenalkan sekolah kepada pelajar dan memberikan informasi berkaitan seperti hal ehwal disiplin. Manakala pelajar T4 pula berkaitan disiplin, pengagihan buku teks dan pengurusan kelas. Semua guru kelas, guru disiplin, guru SPBT dan pentadbir bekerjsama menguruskan hari orientasi ini. Semoga pembelajaran dan pengajaran 2016 yang bakal bermula dapat direalisasikan dengan baik.

 

- diterbitkan pada 1.2.2016

***************************************************************************

2016 年全体预备班同学将在上午上课 | 4.1.2016

霹雳怡保育才国民型中学将于明年开办三班的预备班,上课时间定为上午。敬请2016年全体预备班学生家长安排贵子女在明年上午七点十五分之前到校 上课。

2. 请家长们自行安排交通让孩子在上午上课。

3. 本校也为新生们举办迎新日,请家长们依照下列日期安排孩子准时出席2016年度迎新日。

日期:2015年12月30日

时间:上午8点至中午12点

地点:学校礼堂

恳切希望家长们给予关注及配合,先此致谢。

 

 

 

霹雳怡保育才国民型中学 曾宪源校长敬启

 

- diterbitkan pada 6.12.2015

***************************************************************************

Makluman Mengenai Isu Jerebu Di Sekolah | 22.10.2015

Berdasarkan pemantauan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sehingga jam 3.00 petang hari ini bersamaan 22 Oktober 2015, didapati tahap bacaan IPU bagi kawasan-kawasan di Negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak masih menunjukkan tahap bacaan IPU Tidak Sihat. Malah ada juga daerah yang telah mencapai bacaan IPU Sangat Tidak Sihat.

Sehubungan itu KPM memaklumkan semua sekolah di negeri tersebut (termasuk SMJK Yuk Choy, Ipoh) perlu ditutup pada 23 Oktober 2015 (Jumaat). Sila KLIK DI SINI untuk membaca berita yang selanjutnya.

 

- diterbitkan pada 22.10.2015

***************************************************************************

Makluman Mengenai Isu Jerebu Di Sekolah | 21.10.2015

Berdasarkan pemantauan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sehingga jam 3.00 petang hari ini bersamaan 21 Oktober 2015, didapati tahap bacaan IPU bagi kawasan-kawasan di Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, daerah Bentong di negeri Pahang serta Bahagian Kuching, Bahagian Samarahan, Bahagian Sri Aman dan Bahagian Betong di negeri Sarawak menunjukkan tahap bacaan IPU Tidak Sihat. Malah ada juga daerah yang telah mencapai bacaan IPU Sangat Tidak Sihat.

Sehubungan itu KPM memaklumkan semua sekolah di negeri dan daerah tersebut (termasuk SMJK Yuk Choy, Ipoh) perlu ditutup pada 22 Oktober 2015 (Khamis). Sila KLIK DI SINI untuk membaca berita yang selanjutnya.

 

- diterbitkan pada 21.10.2015

***************************************************************************

Makluman Mengenai Isu Jerebu Di Sekolah | 20.10.2015

Berdasarkan pemantauan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sehingga jam 4.00 petang hari ini bersamaan 20 Oktober 2015, didapati tahap bacaan IPU bagi negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, daerah Kuching, Padawan, Bau, Lundu, Serian, Samarahan, Simunjan dan Lubok Antu di negeri Sarawak, daerah Kinta Utara, Kinta Selatan, Manjung dan kawasan Tanjung Malim di negeri Perak serta daerah Kuala Muda/Yan, di negeri Kedah menunjukkan tahap bacaan IPU Tidak Sihat.

Sehubungan itu KPM memaklumkan semua sekolah di negeri dan daerah tersebut (termasuk SMJK Yuk Choy, Ipoh) perlu ditutup pada 21 Oktober 2015 (Rabu). Sila KLIK DI SINI untuk membaca berita yang selanjutnya.

 

- diterbitkan pada 20.10.2015

***************************************************************************
 
 
 
 
 
 
 

Cuti-cuti Sekolah 2017

* 17.03 | 25.03
* 26.05 | 10.06
* 25.08 | 02.09
* 24.11 | 01.01.2018

 

Cuti-cuti Awam 2017

* Tahun Baru | 1.1
* Tahun Baru Cina | 28-29.1
* Hari Thaipusam | 9.2
* Hari Pekerja | 1.5
* Wesak | 10.5
* Keputeraan YDP Agong | 3.6
* Nuzul Quran | 12.6
* Hari Raya Puasa | 25-26.6*
* Hari Kebangsaan | 31.8
* Hari Raya Haji | 1.9*
* Hari Malaysia | 16.9
* Awal Muharram | 21.9
* Deepavali | 18.10*
* Keputeraan Sultan Perak | 3.11
* Keputeraan Nabi Muhammad | 1.12
* Krismas | 25.12

Nota: Untuk Negeri Perak Sahaja.

Hakcipta © 2014 - 2017 SMJK Yuk Choy, Ipoh.