Horizontal Dropdown Menu HTML by Css3Menu.com

 
***************************************************************************

Majlis Perasmian Bilik Bestari SmartONE | 23.2.2016

Pihak sekolah berusaha untuk mengtransformasikan SMJK Yuk Choy agar menjadi antara sekolah yang menjadi pilihan ramai. Untuk tujuan tersebut, pihak sekolah telah menyediakan kemudahan pembelajaran yang lengkap dan moden dengan menggunakan ‘smartOne’ di setiap kelas bangunan baru serbaguna dan 2 unit smartOne di perpustakaan sekolah yang melibatkan kos lebih kurang RM318,200.00. Pada hari tersebut telah diadakan lawatan dan perasmian bilik bestari di auditorium sekolah, dan gimik perasmian dan demonstrasi penggunaan ‘smart board’ di bangunan baharu serbaguna, kelas 5S4.

Pihak sekolah berharap agar para pelajar dan para guru dapat memanfaatkan kemudahan teknologi ini dengan sebaik mungkin agar dapat memacu kecemerlangan akademik anak didik warga Yuk Choy. Proses pengajaran dan pembelajaran di kelas tentunya akan lebih mampu menarik minat pelajar agar keberkesanan penyampaian dan penerimaan ilmu lebih baik. Visi Jabatan Pendidikan Negeri, “Perak Excellent” turut menjadi visi sekolah dengan pembangunan kemudahan pembelajaran berasaskan ICT yang baru disediakan ini. Sila KLIK DI SINI untuk membaca berita yang selanjutnya.

 

- diterbitkan pada 5.3.2016

***************************************************************************

Green Toilet debuts in SMJK Yuk Choy | 23.2.2016

Simple means nothing is excessed above what is used or needed. The proposed site is narrow and limited with space. The design was started with a simple floor plan with three key zones - cubical, corridor and urinal. All the dimensions are designed in minimum just nothing more then make all the functions workable. It could reduce the wastage of materials and footprint on ground. In future, a greater flexible floor plan allow the building change space configuration with lower cost.

To achieve the higher standard of green design, the design team was experiment every single details to ensure the building is passively green. Sun angle, wind speed and wind direction was assessed on site to assist the team come out green design strategy like roof angle, louver gap and etc. The study was testing different component configuration to get the optimal result on maximising daylit and ventilation but minimising the impact on heavy rain. Read more...

 

- diterbitkan pada 5.3.2016

***************************************************************************

Sambutan Tahun Baru Cina | 5.2.2016

Pada tahun monyet api ini menjadi tradisi warga Yuk Choy untuk meneruskan sambutan Tahun Baru Cina peringkat sekolah. Pada pagi sambutan perayaan, akan diadakan pertandingan kaligrafi diikuti pemberian ang pau kepada seluruh warga sekolah. Sambutan Tahun Baru Cina diteruskan di dewan sekolah dengan persembahan orkestra cina, persembahan gendang 24 musim, tarian tradisional,tarian singa, nyanyian koir, tayangan video klip, teka-teki Tahun Baru Cina, nyanyian, dewa kekayaan memberi gula-gula kepada warga Yuk Choy, penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan Hui Chun, hiasan kelas tercantik, dan papan notis kokurikulum tercantik.

Seluruh warga Yuk Choy menyambut perayaan ini dengan gembira dan bermakna. Semoga sambutan kebudayaan cina ini akan dapat melahirkan individu yang kreatif, bertanggungjawab, berdaya saing, berketerampilan dan dapat menonjolkan bakat demi perkembangan diri yang positif di samping merapatkan hubungan sesama kita.

 

- diterbitkan pada 4.3.2016

***************************************************************************

Mesyuarat Agung PIBG | 30.1.2016

Mesyuarat Agung PIBG ini diadakan untuk beberapa tujuan yang penting seperti pembetangan laporan tahunan dan kewangan tahunan, membincangkan usul dan perkara berbangkit, hal-hal lain yang berkaitan kelancaran pengurusan sekolah, penyampaian sijil dan hadiah kepada para pelajar cemerlang akademik dan guru-guru yang berkhidmat dengan penuh tanggungjawab terhadap tugas serta cabutan bertuah disediakan untuk para ibu bapa yang hadir.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah, Encik Kwan Foh Kwai di samping kehadiran warga Yuk Choy dan para jemputan serta ibu bapa yang hadir memeriahkan mesyuarat PIBG pada tahun ini. Seterusnya pembubaran AJK PIBG 2015/2016 dan perlantikan AJK PIBG 2016/ 2017 turut menjadi agenda mesyuarat PIBG.

Semoga PIBG sekolah terus mendapat sokongan dan kerjasama daripada pelbagai pihak bagi melancarkan segala program penambahbaikan sekolah agar dapat memberikan perkhidmatan cemerlang dalam mentransformasikan imej sekolah.

 

- diterbitkan pada 4.3.2016

***************************************************************************

Larian Merentas Desa | 30.1.2016

Aktiviti tahunan sekolah iaitu larian merentas desa telah disertai oleh semua pelajar SMJK Yuk Choy. Para pelajar diberikan taklimat, kain peserta, dan kupon minuman pada hari tersebut. Para guru menjadi petugas dibantu pelajar badan unit beruniform bagi memastikan semuanya berjalan lancar. Larian Merentas Desa ini melibatkan trek sejauh 6 hingga 7 kilometer dan melibatkan 6 kategori pelajar. Para pelajar yang mendapat tempat pertama sehingga keenam diberikan hadiah semasa perhimpunan, manakala pelajar yang mendapat tempat ketujuh sehingga ke-21 diberikan hadiah semasa menamatkan larian tersebut. Aktiviti ini dapat memastikan pelajar bersenam di samping mempunyai gaya hidup yang sihat dan merapatkan hubungan antara warga Yuk Choy.

 

- diterbitkan pada 1.3.2016

***************************************************************************

Ceramah dari Universiti Jiao Tong, Shanghai, China | 14.1.2016

Ceramah ini dikendalikan oleh wakil daripada universiti tersebut kepada semua pelajar T4 dan T5 aliran sains. Ceramah ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada pelajar-pelajar sekolah ini mengetahui lebih banyak pilihan peluang untuk menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Pelajar diberikan informasi berkaitan dengan latar belakang universiti, kejayaan yang dikecapi sepanjang penubuhan universiti, kursus-kursus yang ditawarkan, kemajuan dan pencapaian yang diperoleh. Pihak sekolah memandang serius terhadap pencapaian akademik para pelajar agar mereka berpeluang untuk belajar di universiti yang menjadi pilihan ramai.

 

- diterbitkan pada 1.2.2016

***************************************************************************
 
 
 
 
 
 
 

Cuti-cuti Sekolah 2017

* 17.03 | 25.03
* 26.05 | 10.06
* 25.08 | 02.09
* 24.11 | 01.01.2018

 

Cuti-cuti Awam 2017

* Tahun Baru | 1.1
* Tahun Baru Cina | 28-29.1
* Hari Thaipusam | 9.2
* Hari Pekerja | 1.5
* Wesak | 10.5
* Keputeraan YDP Agong | 3.6
* Nuzul Quran | 12.6
* Hari Raya Puasa | 25-26.6*
* Hari Kebangsaan | 31.8
* Hari Raya Haji | 1.9*
* Hari Malaysia | 16.9
* Awal Muharram | 21.9
* Deepavali | 18.10*
* Keputeraan Sultan Perak | 3.11
* Keputeraan Nabi Muhammad | 1.12
* Krismas | 25.12

Nota: Untuk Negeri Perak Sahaja.

Hakcipta © 2014 - 2017 SMJK Yuk Choy, Ipoh.