Horizontal Dropdown Menu HTML by Css3Menu.com

 
 
 
   
 
  1908 Sekolah ini ditubuhkan pada bulan Januari dengan menyewa tiga buah kedai di Menglembu sebagai kelas sementara. Hanya darjah 5 dan 6 diadakan.  
       
  1910 Bangunan sekolah yang baru telah disiapkan dan sekolah ini menjadi see buah sekolah yang lengkap (Darjah 1 - 6). Cawangan juga ditubuhkan di sebuah tokong Cina, iaitu Tai Pak Kong.  
       
  1914 Cawangan di tokong Cina Tai Pak Kong dipisahkan menjadi Sekolah Rendah Ipoh.  
       
  1922 Pada bulan Januari sekolah didaftarkan di pejabat pendidikan.  
       
  1923 Pada bulan Jun sekolah mendapat bantuan daripada kerajaan. Perpustakaan dan makmal sains ditubuhkan.  
       
  1924 Sekolah peringkat Menengah dimulakan.  
       
  1941 Pada 15-12-1941, Ipoh ditakluki oleh askar Jepun.  
       
  1942 Sekolah ditutup dan digunakan oleh askar Jepun sebagai markasnya.  
       

 

1945 Pada bulan Ogos, tentera Jepun menyerah kalah. Pada 1 November 1945, sekolah dibuka semula.  
       
  1947 Mengadakan cawangan sekolah yang kedua di Jalan Bendahara. Sebuah bangunan untuk sekolah rendah telah dibina.  
       
  1948 Kelas-kelas menengah dipindah ke bangunan di Jalan Kuala Kangsar.  
       
  1952 Bangunan baru bahagian sekolah menengah mulai dibina pada 1 Ogos.  
       
  1963 Sekolah ini dibahagi kepada dua buah sekolah: SMJK Yuk Choy dan Sekolah Tinggi Yuk Choy Suwa.  
       
  1985 Sekolah Tinggi Yuk Choy Suwa berpindah ke bangunan baru di Jelapang.  
       
  1986 Beberapa projek pembangunan kemudahan sekolah telah dilaksanakan. Antaranya termasuk menyediakan beberapa buah bilik bengkel.  
       
  1996 Memperluas bangunan kantin sekolah, membaiki bumbung bilik guru dan mengecat semula dinding bilik darjah. Struktur organisasi sekolah juga mengalami sedikit perubahan dengan perlantikan baru jawatan guru-guru kanan.  
       
  1997 Untuk meyahut seruan kerajaan dalam usaha membangunkan teknologi maklumat (IT), pihak sekolah telah menubuhkan sebuah makmal komputer dengan melengkapkan 20 buah komputer baru bersiap kemudahan internet. Makmal ini menelan perbelanjaan berjumlah RM50,000.00, dan telah dirasmikan pembukaannya oleh Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Perak pada 14 November 1997.  
       
  1998 Untuk meningkatkan kebersihan dan keceriaan kantin sekolah, pihak sekolah telah melaksanakan projek membaik pulih kantin sekolah. Projek tersebut menelan perbelanjaan sejumlah RM85,000.00 dan telah selesai pada penghujung bulan September 1998. Kos projek tersebut diperoleh melalui aktiviti Hari Kantin dan sumbangan derma bekas pelajar serta orang ramai.  
       
  1999 Sekolah dipimpin oleh tuan pengetua yang baru iaitu Encik Foo Ho Loke. Beliau telah melancarkan beberapa program untuk mengeratkan hubungan antara pihak Lembaga Pengurus Sekolah, PIBG dan pihak sekolah, di samping meningkatkan taraf profesionalisme di kalangan warga guru serta memberi dorongan kepada para pelajar ke arah mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam bidang perlajaran dan pendidikan vokasional sebagai langkah awal sekolah dalam usaha menuju ke arah pelaksanaan program sekolah bestari dan Sekolah Ke Kerjaya. Pihak sekolah turut membaik pulih bumbung bangunan sekolah, dewan, bilik syarahan, pejabat, di samping membina sistem perparitan di bahagian tepi kantin sekolah.  
       
  2000 Sekolah di bawah pimpinan pengetua En. Tan Taik Lee. Bangunan tandas dan bilik menukar pakaian pelajar perumpuan telah dibina dengan jumlah kos RM47,000.00.  
       
  2001 Hari Kantin diadakan untuk mengutip derma bagi membiayai projek membina semula bumbung dewan sekolah. En. Ong Yew Lee mengambil alih jawatan pengetua mulai 1 Mei 2001.  
       
  2002 Hari Kantin diadakan pada 28 September 2002 (Sabtu). Program ini bertujuan mendapatkan sumber kewangan bagi membina semula gelanggang bola keranjang dan menambah bilik aktiviti pertubuhan kokurikulum.  
       
  2003 2 buah gelanggang bola keranjang dan 10 buah bilik pertubuhan kokurikulum siap dibina. Tandas-tandas lelaki dinaik taraf dengan perbelanjaan RM30,000.00. Jawatan Penolong Kanan Kokurikulum diwujudkan dan disandang oleh Encik Teh Lit Sin.  
       
  2004 Penolong Kanan Kapt. Chan Weng Kwai dilantik sebagai Pengtua sekolah lain pada 16 Julai 2004. Jawatan Penolong Kanan Pentadbiran diisi oleh Encik Foo Seng Teek.  
       
  2005 Projek Hari Kantin 2005 berjaya mengutip RM60,000. Wang itu digunakan untuk membina bumbung kantin semula dan membaiki bilik- bilik kegiatan kokurikulum.  
       
  2006 Bekas pelajar dari tahun 2001-2005 telah menderma 11 buah bangku batu (marble chair) kepada sekolah. Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah Dato' Wong Chin Chye, DPMP, JP telah bersara dan diganti oleh En. Law Choon Oor.  
       
  2007 Pengetua En. Ong Yew Lee bersara pada 17.5.07, Kapt. Chan Weng Kwai dilantik sebagai pengetua mulai 1.6.07. Malam "Gemilang 99" diadakan pada 28.10.2007.  
       
  2008 Makmal komputer dirasmikan pada 25 Julai 2008. 4 buah bilik darjah di blok utara dipasang sistem pendingin hawa. Membuat kutipan derma untuk membina bangunan baru yang keseluruhannya menelan belanja RM8 juta. Kelab Bola Sepak sekolah membuat lawatan sambil belajar ke Hong Kong. Konsert amal Mimi Choo diadakan pada 5 April 2008. Larian Yuk Choy sambutan ulang tahun ke-100 Sekolah diadakan, Malam Gemilang Yuk Choy 100 diadakan pada 10 Oktober 2008.  
       
  2009 Kantin lama dirobohkan, Kantin sementara siap untuk digunakan pada bulan Julai. Malam amal untuk mengutip derma bagi Tabung bangunan baru SMJK Yuk Choy diadakan pada 29 Ogos 2009. Encik Lee Hah, AMP, PJK dilantik sebagai pengetua yang baharu.
Majlis pecah tanah bangunan baharu lima tingkat disempurnakan oleh Menteri Kewangan ll pada 19 Disember 2009.
 
       
  2010 Semua bilik darjah dicat semula.
Projek menceriakan kawasan sekolah dilaksanakan dengan penambahan tanaman pokok bunga.
Tarian Mesra pada 26 Jun berjaya membuat kutipan lebih daripada RM80,000. Pembelian 100 buah kerusi baharu untuk guru dan 200 buah kerusi untuk pelajar. Projek pembinaan bangunan baharu lima tingkat bermula.
Malam amal untuk mengutip derma bagi tabung bangunan baharu SMJK Yuk Choy diadakan pada 30 Oktober 2010.
 
       
  2011 Karnival SMJK Yuk Choy 2011 diadakan pada Julai 2011. Projek ini berjaya mengutip dana sebanyak RM45,000.00.
Pengetua En. Lee Hah, AMP, PJK bersara pada 11 September 2011. En. Chan Hen Huan dilantik sebagai pengetua. Bangunan lima tingkat siap dibina pada penghujung tahun 2011.
 
       
  2012 Encik Kwan Foh Kwai, JMN dilantik sebagai pengerusi Lembaga Pengerus Sekolah.
28 Mei, majlis pelantikan ahli baharu Lembaga Pengerus Sekolah diadakan. Pada majlis yang sama, Empat Janji Utama SMJK Yuk Choy, Ipoh dilancarkan.
1 Sept, Hari Karnival, Majlis pembukaan rasmi bangunan serba guna 5 tingkat, dan jamuan amal sempena ulang tahun ke-50 SMJK Yuk Choy, Ipoh diadakan.
 
       
  2013 Pada 23 Jun SMJK Yuk Choy telah mengadakan karnival bagi mengutip derma untuk menaik taraf kemudahan sekolah. Jumlah kutipan sebanyak RM380,000 telah dapat dikumpul.  
 
 
Hakcipta © 2014 - 2016 SMJK Yuk Choy, Ipoh.