Horizontal Dropdown Menu HTML by Css3Menu.com

 
 
 
 


SEMANGAT YUK CHOY

Apa itu semangat Yuk Choy? perkara ini membawa maksud usaha untuk mempertingkatkan kekuatan diri dalam usaha mendidik anak bangsa secara berterusan. Dalam konteks ini, pendidikan bukan setakat mengejar kecemerlangan dalam bidang akademik semata-mata bahkan penekanan diberi kepada kaedah pengajaran mengikut kebolehan setiap pelajar. Kaedah P&P yang berfokus diutamakan supaya dapat menarik minat dan menanam keyakinan dalam diri setiap pelajar. Seterusnya usaha ini akan membawa kepada perkembangan pelajar secara menyeluruh. Para guru juga diharapkan memberikan sepenuh tenaga dan usaha dalam membimbing anak-anak murid supaya berjaya dalam kehidupan.

Sehubungan ini, hasil kerjasama antara pihak Lembaga Pengurus dengan pihak PIBG dan pihak sekolah telah berjaya merealisasikan impian untuk membina sebuah bangunan serbaguna 5 tingkat yang baru. Dengan kemudahan Serta kelengkapan bangunan baru yang serba lengkap berharap dapat menyediakan suasana pembelajaran yang lebih kondusif. Di samping itu, Lembaga Pengurus berharap dapat menarik minat anak-anak murid dari SJK(C) sekitar Ipoh melanjutkan pelajaran mereka di Yuk Choy.

Semangat berusaha untuk meningkatkan diri yang berterusan Yuk Choy tersebut tidak dihadkan kepada para pelajar yang masih berada di bangku sekolah sahaja, malah termasuk bekas-bekas pelajar Yuk Choy. Lembaga Pengurus berharap alumni dapat menyumbangkan tenaga mereka dalam usaha untuk membangunkan alma mater mereka dan dapat menganggap sumbangan ini sebagai tanggungjawab selama-lamanya.

PROSPEK PEMBANGUNAN YUK CHOY

Lembaga Pengurus Sekolah akan mengeratkan lagi hubungan dengan pihak sekolah dan pihak PIBG dalam usaha untuk rnembentuk budaya sekolah yang lebih baik. Pada masa depan, Lembaga Pengurus akan berusaha untuk mernbentuk tabung pendidikan dan kebajikan Yuk Choy dengan tujuan untuk membantu khasnya anak-anak murid yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran mereka selain daripada unit kebajikan Yuk Choy yang sedia ada telah beroperasi sejak 1968. Pada masa depan, Yuk Choy juga akan rnemberi penekanan dalam pernbentukan sahsia mulia dalam kalangan pelajar supaya selaras dengan perkembangan intelek mereka berdasarkan pengaplikasian ajaran Confucius dalam P&P oleh Warga pendidik yang diselaraskan dengan peredaran era moden ini. Secara kesimpulannya, prospek pembangunan Yuk Choy akan berfokuskan 3 hala tuju:

  1. Pembentukan budaya sekolah yang baik
  2. Peningkatan keberkesanan P&P secara menyeluruh
  3. Meningkatkan kebajikan pelajar

Dengan ini Lembaga Pengurus Sekolah berharap dapat membantu Yuk Choy dalam usaha merealisasikan transformasi Yuk Choy menjadi sebuah institusi pendidikan yang cemerlang pada masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

 
 
   
 
 
Hakcipta © 2014 - 2016 SMJK Yuk Choy, Ipoh.