Horizontal Dropdown Menu HTML by Css3Menu.com

 
 
 
 


Salam sejahtera dan salam Satu Malaysia. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan rasa bangga kerana dapat memberikan sumbangan dan perkhidmatan kepada bekas sekolah saya dengan menjadi pengerusi kepada PIBG. Terima kasih kepada pihak sekolah dan para ibu bapa atas mandat dan kepercayaan yang diberi kepada saya.

Pihak PIBG memang berperanan penting kepada pihak sekolah, ibu bapa mahupun para pelajar terutamanya dalam menyampaikan maklumat yang tepat dan penting kepada ibu bapa demi pembangunan pendidikan. Kini, pelbagai kemudahan yang canggih selaras dengan arus teknologi terkini telah dimiliki oleh pihak sekolah dan kemudahan ini jauh lebih baik berbanding zaman 28 tahun yang lepas. Semua yang sekolah perolehi ini adalah jasa sumbangan dan daya usaha sekumpulan ahli alumni yang dipimpin oleh dua orang Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah yang juga bekas murid sekolah ini. Justeru, kami berharap sekolah ini akan menjadi pilihan utama kepada para pelajar, ibu bapa mahupun para guru.

Selain itu, PIBG akan bekerjasama rapat dengan pentadbiran sekolah dalam usaha memperbaiki budaya sekolah, meningkatkan pencapaian akademik sekolah dan juga menjaga kebajikan para pelajar.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, disiplin pelajar bertambah baik atas usaha gigih pengetua dan para guru. Pihak PIBG berharap agar para ibu bapa dapat mengeratkan hubungan dan komunikasi dengan guru-guru dan ahli-ahli PIBG di samping lebih kerap menyertai aktiviti sekolah. Komitmen dan kerjasama yang erat antara pihak ibu bapa dan sekolah sememangnya diperlukan demi mencapai matlamat mendidik pelajar dengan jayanya dan juga menjadikan sekolah ini sebagai sekolah yang ternama dan berkualiti tinggi.  Untuk merealisasikan hasrat tersebut, pihak PIBG bersedia untuk menggunakan khidmat jurulatih professional untuk meningkatkan pencapaian dan keberkesanan pembelajaran dalam organisaasi mahupun kepemimpinan.

Akhir kata, saya berharap para ibu bapa dapat bekerjasama dan mengeratkan silaturahim dengan organisasi sekolah demi kejayaan dan pencapaian cemerlang anak-anak kita dan pihak sekolah agar kita dapat melahirkan generasi terdidik yang berminda kelas pertama demi masyarakat, bangsa dan negara.

Sekian, terima kasih.

 
 
   
 
 
Hakcipta © 2014 - 2016 SMJK Yuk Choy, Ipoh.